TIADA YANG LAIN

Tuesday, February 3, 2009

Keadilan Dalam Memberi Pandangan

Hari ini saya tertarik hendak menceritakan tentang cara yang adil dalam memberi sebarang pandangan dan pendapat.Ianya tercetus apabila saya mendengar idea dari seorang kawan sewaktu makan tengahari .Dia kata "Kita sahaja yang beria-ria buat kerja tapi pihak pentadbir tidak buat begitu'.Saya cuba menilai pendapat dia berdasarkan apa yang dia lakukan,saya dapati dia bukanlah seorang yang rajin melaksanakan tugas tetapi selalu menangguh atau tidak melaksanakan langsung tugas yang diberi kepadanya.Kadang-kadang saya meluat tengok kawan saya ni kerana selalu memberi pendapat yang tidak pernah berasaskan kebenaran.Dia bersungguh-sungguh dalam merendahkan orang lain sedangkan dirinya sendiri sangat tidak betul.OLeh itu sekiranya anda mahu memberi sebarang pendapat atau komen,cuba nilai dahulu pendapat yang akan anda kemukakan.

No comments:

Keadilan Dalam Berjanji.

Berjanji memang mudah diungkapkan tetapi amat payah untuk melaksanakan.Mungkin anda sering berjanji dengan teman baru anda tapi adakah anda yakin boleh mengotakan setiap dari janji itu.Janji yang paling besar sebagai seorang hamba Allah menjadi manusia yang taat dan patuh..adakah anda ingat janji itu???sudah tentu tidak bukan..!!!!!.Janji anda sebagai umat rasulullah,ada tugas untuk dilaksanakan..!!!Bagaimana ,adakah anda melaksanakannya????Janji anda dengan negara,ibubapa,teman dan rakan dan lain-lain.Ingatlah jika anda berjanji jangan lupa melaksanakannya.

Keadilan Pada Tugas

Ingat kembali rentetan peristiwa bagaimana anda bertungkus lumus untuk mendapatkan pekerjaan anda sekarang.Masa temuduga dulu anda petah berbicara dengan berjuta janji,kononnya akan menjadi pekerja yang tekun,berdisplin,
patuh,dan pelbagai lagi.Tapi sungguh malang apabila menjangkau beberapa tahun bekerja ,anda mula lupa pada janji itu malah menjadi pekerja yang sombong,bongkak,biadap,pentingkan diri,sanggup mencemuh rakan,tidak mahu bertoleransi apatah lagi apabila anda dinaikkan ke gred DG44,48,52 dan sebagainya.Anda mula berbicara tentang kelemahan orang lain tetapi tidak mahu membaiki kelemahan diri.Apabila ditegur,dinasihat maka anda akan menengking dan merendahkan orang lain>TANYALAH PADA DIRI ANDA....adakah anda ADIL