Monday, October 20, 2008
Keadilan Dalam Berbicara
Nampak gaya bicaranya macam pandai sangat.Umur setahun jagung tapi lagak macam semua pandai,tak tahu diajar atau ditegur.Seolah-olah ilmunya setinggi langit tapi malang pengetahuannya serendah dasar.Walaupun begitu jika kita mengakui kelemahan sendiri tiada salahnya kerana melalui cara itulah ilmu kita akan bertambah tapi kesombongan dan keegoan akan melenyapkan ilmu sedikit yang kita miliki .Oleh itu jauhilah sikap angkuh supaya anda adil dalam kehipan seterusnya menjadi adil dalam berbicara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keadilan Dalam Berjanji.
Berjanji memang mudah diungkapkan tetapi amat payah untuk melaksanakan.Mungkin anda sering berjanji dengan teman baru anda tapi adakah anda yakin boleh mengotakan setiap dari janji itu.Janji yang paling besar sebagai seorang hamba Allah menjadi manusia yang taat dan patuh..adakah anda ingat janji itu???sudah tentu tidak bukan..!!!!!.Janji anda sebagai umat rasulullah,ada tugas untuk dilaksanakan..!!!Bagaimana ,adakah anda melaksanakannya????Janji anda dengan negara,ibubapa,teman dan rakan dan lain-lain.Ingatlah jika anda berjanji jangan lupa melaksanakannya.
Keadilan Pada Tugas
Ingat kembali rentetan peristiwa bagaimana anda bertungkus lumus untuk mendapatkan pekerjaan anda sekarang.Masa temuduga dulu anda petah berbicara dengan berjuta janji,kononnya akan menjadi pekerja yang tekun,berdisplin,
patuh,dan pelbagai lagi.Tapi sungguh malang apabila menjangkau beberapa tahun bekerja ,anda mula lupa pada janji itu malah menjadi pekerja yang sombong,bongkak,biadap,pentingkan diri,sanggup mencemuh rakan,tidak mahu bertoleransi apatah lagi apabila anda dinaikkan ke gred DG44,48,52 dan sebagainya.Anda mula berbicara tentang kelemahan orang lain tetapi tidak mahu membaiki kelemahan diri.Apabila ditegur,dinasihat maka anda akan menengking dan merendahkan orang lain>TANYALAH PADA DIRI ANDA....adakah anda ADIL

No comments:
Post a Comment