TIADA YANG LAIN

Thursday, January 15, 2009

Keadilan Menilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini tersentuh hati saya untuk menulis satu peristiwa yang agak rumit juga jika dikaitkan dengan keadilan.Tuan-tuan tahu tak apakah yang akan berlaku pada diri tuan-tuan apabila seseorang tersalah nilai tentang diri tuan puan.Perkara ini berlaku kepada sahabat saya.Beliau telah dilantik menjadi guru pembimbing kepada salah seorang guru praktikal,kebetulan pula guru itu agak cantik dan menawan.Sepatutnya dalam situasi pendidik tidak berlaku keadaan salah sangka ini tetapi disebabkan sikap sesetengah guru yang dengki khianat tak tentu pasal menyebabkan kesan negatif yang agak dahsyat berlaku kepada sahabat saya.Bagaimana ia bermula;Ia berlaku kerana salah sangka dan tersalah nilai.Bayangkanlah apabila guru yang dibimbing tidak mahu berbincang dan bercakap tentang perkara yang di ajarkan kepada anak didiknya esok hari.Sebab apa tidak mahu berbincang??itu yang menjadi persolan.Apakah penilaian beliau kepada guru pembimbing??Apakah pengaruh-pengaruh negatif yang dierolehinya sehingga tidak mahu bertemu guru pembimbing???.Memang disetiap sekolah terdapat satu atau dua guru bersikap seperti syaitan yang sentiasa mendengki guru yang agak mencabar kepopularannya.Maka dengan cara membuat fitnah sahajalah mereka akan peroleh kepuasan kesyaitanan mereka itu.Akhirnya sahabat aku yang bertanggungjawab itu menjadi bosan disebabkan PENILAIN YANG TIDAK ADIL kepada dirinya.

No comments:

Keadilan Dalam Berjanji.

Berjanji memang mudah diungkapkan tetapi amat payah untuk melaksanakan.Mungkin anda sering berjanji dengan teman baru anda tapi adakah anda yakin boleh mengotakan setiap dari janji itu.Janji yang paling besar sebagai seorang hamba Allah menjadi manusia yang taat dan patuh..adakah anda ingat janji itu???sudah tentu tidak bukan..!!!!!.Janji anda sebagai umat rasulullah,ada tugas untuk dilaksanakan..!!!Bagaimana ,adakah anda melaksanakannya????Janji anda dengan negara,ibubapa,teman dan rakan dan lain-lain.Ingatlah jika anda berjanji jangan lupa melaksanakannya.

Keadilan Pada Tugas

Ingat kembali rentetan peristiwa bagaimana anda bertungkus lumus untuk mendapatkan pekerjaan anda sekarang.Masa temuduga dulu anda petah berbicara dengan berjuta janji,kononnya akan menjadi pekerja yang tekun,berdisplin,
patuh,dan pelbagai lagi.Tapi sungguh malang apabila menjangkau beberapa tahun bekerja ,anda mula lupa pada janji itu malah menjadi pekerja yang sombong,bongkak,biadap,pentingkan diri,sanggup mencemuh rakan,tidak mahu bertoleransi apatah lagi apabila anda dinaikkan ke gred DG44,48,52 dan sebagainya.Anda mula berbicara tentang kelemahan orang lain tetapi tidak mahu membaiki kelemahan diri.Apabila ditegur,dinasihat maka anda akan menengking dan merendahkan orang lain>TANYALAH PADA DIRI ANDA....adakah anda ADIL