TIADA YANG LAIN

Tuesday, January 20, 2009

Keadilan Dalam Membuat Tuduhan

Ya...ini persoalan global tetapi tuduhan yang saya maksudkan adalah perkara remeh temeh yang dibicarakan oleh golongan masyarakat kecilan dan pencilan.Selalunya berlaku di pejabat,di sekolah atau di kilang.Kalau anda baca cerita ini pasti anda akan tertawa dan mengatakan...la...!!! kenapa bodoh sangat mereka ni ye???.Cuba anda bayangkan tentang gosip artis,tentu anda seronok membaca atau mendengarnya tapi cuba anda bayangkan gosip antara guru muda (anak dara 24 tahun) dengan guru lelaki,beristeri 44 tahun.Apakah yang tergambar difikiran anda???.Lucu,meluat,nak ketawa,bodohnya....!!!! atau apakah respon anda????

Thursday, January 15, 2009

Keadilan Menilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini tersentuh hati saya untuk menulis satu peristiwa yang agak rumit juga jika dikaitkan dengan keadilan.Tuan-tuan tahu tak apakah yang akan berlaku pada diri tuan-tuan apabila seseorang tersalah nilai tentang diri tuan puan.Perkara ini berlaku kepada sahabat saya.Beliau telah dilantik menjadi guru pembimbing kepada salah seorang guru praktikal,kebetulan pula guru itu agak cantik dan menawan.Sepatutnya dalam situasi pendidik tidak berlaku keadaan salah sangka ini tetapi disebabkan sikap sesetengah guru yang dengki khianat tak tentu pasal menyebabkan kesan negatif yang agak dahsyat berlaku kepada sahabat saya.Bagaimana ia bermula;Ia berlaku kerana salah sangka dan tersalah nilai.Bayangkanlah apabila guru yang dibimbing tidak mahu berbincang dan bercakap tentang perkara yang di ajarkan kepada anak didiknya esok hari.Sebab apa tidak mahu berbincang??itu yang menjadi persolan.Apakah penilaian beliau kepada guru pembimbing??Apakah pengaruh-pengaruh negatif yang dierolehinya sehingga tidak mahu bertemu guru pembimbing???.Memang disetiap sekolah terdapat satu atau dua guru bersikap seperti syaitan yang sentiasa mendengki guru yang agak mencabar kepopularannya.Maka dengan cara membuat fitnah sahajalah mereka akan peroleh kepuasan kesyaitanan mereka itu.Akhirnya sahabat aku yang bertanggungjawab itu menjadi bosan disebabkan PENILAIN YANG TIDAK ADIL kepada dirinya.

Wednesday, January 14, 2009

Keadilan Dalam Membuat Keputusan Mesyuarat

Mesyuarat adalah sunnah nabi.Ia patut dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan baru.Selalunya Amir atau Pengerusi membuat keputusannya tetapi sebelum membuat sebarang keputusan seseorang Amir perlu bertawajuh terhadap apa yang hendak diputuskan.Oleh sebab itu setiap keputusan yang dibuat hendaklah mengutamakan kepentingan umum dan bukan kepentingan diri seseorang.

Monday, October 20, 2008

Keadilan Dalam Berbicara

Nampak gaya bicaranya macam pandai sangat.Umur setahun jagung tapi lagak macam semua pandai,tak tahu diajar atau ditegur.Seolah-olah ilmunya setinggi langit tapi malang pengetahuannya serendah dasar.Walaupun begitu jika kita mengakui kelemahan sendiri tiada salahnya kerana melalui cara itulah ilmu kita akan bertambah tapi kesombongan dan keegoan akan melenyapkan ilmu sedikit yang kita miliki .Oleh itu jauhilah sikap angkuh supaya anda adil dalam kehipan seterusnya menjadi adil dalam berbicara.

Sunday, October 19, 2008

Keadilan Pada Keluarga

Perkara ini merupakan keadilan cinta yang sangat perlu diperjuangkan.Sejak akhir-akhir ini suasana kehidupan berkeluarga semakin keliru.Manusia seolah-olah sudah tidak mengetahui lagi apa erti kecintaan pada keluarga.Mereka terkadang hanya menumpukan kepada kecintaan keluarga di dunia sahaja tetapi tidak untuk bersama di akhirat/disyurga.

Wednesday, October 8, 2008

Pengertian Cinta

Apabila manusia berbicara tentang cinta ,mereka seperti ketandusan pengertian sebenar tentang CINTA.Lebih terlihat kebodohan manusia apabila menilai cinta sebagai sesuatu yang menjijikkan.Sebenarnya semua manusia amat jahil tentang pengertiaan CINTA.Pengertiannya amat luas dan mendalam.Jika anda bertanya kepada saya bahawa cinta yang benar hanyalah cinta kepada Allah dan RasulNya.Kerana jika tiada cinta ini maka sebenarnya tiadalah yang lainnya.Mencari pasangan hidup semestinya anda mencari isteri atau suami yang mencintai Allah dan Rasul,maka barulah cinta anda yang menyusul selepas perkahwinan berkekalan hingga ke syurga Allah ,jika tidak maka sebaliknya akan berlaku.

Keadilan Dalam Berjanji.

Berjanji memang mudah diungkapkan tetapi amat payah untuk melaksanakan.Mungkin anda sering berjanji dengan teman baru anda tapi adakah anda yakin boleh mengotakan setiap dari janji itu.Janji yang paling besar sebagai seorang hamba Allah menjadi manusia yang taat dan patuh..adakah anda ingat janji itu???sudah tentu tidak bukan..!!!!!.Janji anda sebagai umat rasulullah,ada tugas untuk dilaksanakan..!!!Bagaimana ,adakah anda melaksanakannya????Janji anda dengan negara,ibubapa,teman dan rakan dan lain-lain.Ingatlah jika anda berjanji jangan lupa melaksanakannya.

Keadilan Pada Tugas

Ingat kembali rentetan peristiwa bagaimana anda bertungkus lumus untuk mendapatkan pekerjaan anda sekarang.Masa temuduga dulu anda petah berbicara dengan berjuta janji,kononnya akan menjadi pekerja yang tekun,berdisplin,
patuh,dan pelbagai lagi.Tapi sungguh malang apabila menjangkau beberapa tahun bekerja ,anda mula lupa pada janji itu malah menjadi pekerja yang sombong,bongkak,biadap,pentingkan diri,sanggup mencemuh rakan,tidak mahu bertoleransi apatah lagi apabila anda dinaikkan ke gred DG44,48,52 dan sebagainya.Anda mula berbicara tentang kelemahan orang lain tetapi tidak mahu membaiki kelemahan diri.Apabila ditegur,dinasihat maka anda akan menengking dan merendahkan orang lain>TANYALAH PADA DIRI ANDA....adakah anda ADIL